Visitor

Monday 6 October 2014

BANYAK KEBAIKAN DAPAT DIBANGUNKAN KALAU AKU SEORANG JUTAWAN DAN HARTAWAN:

blog ini masih sedang dibangunkan.. maaf....


lihat juga:  
danasihat.blogspot.com/  jutahartaman.blogspot.com/
ubatbagus.blogspot.com/  sihatmudah.blogspot.com/   
sihatiadaharga.blogspot.com

Ada banyak kebaikan dapat ditegakan untuk membangunkan bangsa, agama dan negara, walau tanpa dapat negara cuma sebagai warganegara. Maksud aku tanpa menjadi Perdana Menteri, Menteri atau wakil wakil rakyat pun sebagai rakyat bisa sebenarnya kita bolih membangunkan atau menegakan kebaikan. Sesiapa sahaja rakyat Malaysia bolih mula melakukan, sekarang pun bolih di mulai dengan pekara pekara atau kerja yang kecil sahaja. Bangunkan kebaikan untuk semua etnik dan agama tanpa memilih bulu atau kelompok sendiri sahaja, kerana kita adalah Malaysia. Malaysia adalah unik walau rakyat yang berbilang bangsa dan agama dapat pula hidup dengan rukun dan damai, Jadi kita bangun kan kebaikan untuk semua tanpa ada kaum dan golongan yang terasa dan terasing. Yang telah harmoni dirapatkan lagi kasih sayang, dalam soal beragama itu pekara lain. Nanti tiada NGO atau mana mana persatuan berjuang dan berfungsi untuk satu satu kaum golongan atau kroni sahaja, kita adalah Malaysia.

Mahu jadi Robin Hood Tetapi Dengan Tidak Menyusah Orang:
Aku sedikit terpengaruh dengan satu cerita yang pernah berlaku pada waktu dahulu dimana ada seorang Hero yang bernama Robin Hood (kisah benar dan pernah di filemkan), dimana seorang pemuda inggeris yang menjadi hero dengan membantu orang orang miskin dengan memberi bantuan wang ringgit dan harta benda. Tetapi malangnya wang ringgit serta harta yang diberi kepada orang orang miskin ialah hasil daripada rampasan dan rompakan Robin Hood daripada orang orang kaya. Robin hood ketika itu amat percaya dengan melalui rompakan dan rampasan harta daripada orang orang kaya dapat membantu orang orang miskin.
Aku terpengaruh dengan cerita tersebut, Aku teringin untuk membantu orang ramai dengan cara yang berbeza, aku membantu dengan cara yang bersih tanpa menyusahkan atau menyakitkan sesiapa dan bantuan yang tidak serupa seperti yang  Robin Hood berikan, bantuan dari aku bukanlah berupa wang atau harta benda. Tetapi apa pun perlukan wang untuk menjayakan hasrat tersebut sedangkan Robin Hood merampas dan merompak hasil dari orang kaya. Bagaimana dengan aku, dimana aku mahu mencari dan mendapat wang untuk menyalurkan bantuan tersebut? Kepercayaan dan keyakinan amat penting, aku selalu diberi ilham, kecerdikan dan kepercayaan kepada pekara pekara baik olih allah swt, itu rezeki aku dari allah kepada aku. Dengan kecerdikan dan ilham yang baik insyaallah aku dapat membantu manusia, bantuan allah datang wang akan datang sendiri. Dalam masa ini dan kehadapan aku berusaha untuk mengejar masa untuk menjadi kaya semuga dapat memberi manafaat kepada ramai manusia.


SEMENTARA MENUNGGU SEHINGGA KAYA APA BOLIH AKU BUAT SEKARANG DENGAN APA YANG AKU ADA:


Walau aku  bukan siapa siapa kalau aku seorang kaya, jutawan dan hartawan  aku berhasrat dan berhajat untuk membangunkan beberapa pekara kebaikan untuk faedah serta kepentingan umum dan orang ramai.
Kini, dikala aku masih orang biasabiasa dan jauh sekali jika hendak disebut sebagai orang yang  kaya, aku telah pun memulakan membuat dan membangunkan keja kerja amal untuk masyarakat. Olih kerana aku amat berminat dan mempunyai ilmu pengetahuan tentang kesihatan, sekarang aku membantu masyarakat dengan rawatan, ubat ubatan dan makanan tambahan percuma. Memang secara percuma, aku tidak mengenakan apa apa bayaran kerana untuk semua bahan bahan perubatan aku dapati secara percuma atau kalau kena membayar cuma dengan harga yang murah sahaja, inilah amal jariah aku..
Buat waktu ini itulah yang dapat aku sumbangkan kepada masyarakat dan yang paling utama waktu ini aku membekalkan makanan tambahan yang berbentuk kapsul lengkap untuk keperluan nutrisi manusia yang mengandungi asid amino,multivitamin dan mineral. aku panggil produk aku sebagai      "Penawar Untuk Semua".
Semua adalah secara percuma, dikala orang lain memikirkan wang dan keuntungan aku memikirkan apa yang aku dapat membantu orang.


SEDIKIT TENTANG DIRI AKU:
Aku dilahirkan di Cheras Selangor pada 15.021958 (56 tahun sewaktu blog ini ditulis). Aku pesara guru sekolah Kerajaan yang dulu mengajar dalam subjek "kemahiran hidup".
Kini dalam umur bersaraan dan badan masih sihat aku melakukan 5 pekara:
1.Menguruskan perniagaan sendiri Land properties developer & BursaSaham klse.
2. Bermain main dengan hobi memancing ikan dan berburu.
3. Melancung dalam dan luar negeri.
4. Masih belajar (bukan sekolah) melalui internet, media masa dan sumber alam, penulis blog (ebook percuma). 5.Melakukan kerja kerja amal dan aktiviti masyarakat, buat masa ini bergerak sendiri dan dibantu olih keluarga.


lihatjuga:

ubatbagus.blogspot.com/sihatiadaharga.blogspot.com/sihatmudah.blogspot.com
email:
pustakagerak@gmail.com    /   hrvible@gmail.com


APA APA YANG AKAN AKU BANGUNKAN KALAU AKU KAYA:
Dibawah ini aku senaraikan 10 pekara yang akan aku lakukan andaikata pada suatu masa nanti ditakdirkan allah aku menjadi seorang yang kaya bergelar jutawan dan hartawan. Aku akan jadi seorang dermawan tetapi bukan serahkan sahaja semua bulat bulat  wang ringgit untuk orang lain yang uruskan  dan bangunkan. Semuanya akan aku urus dan tadbir sendiri untuk memastikan segalanya tegak dan menjadi realiti, kerana aku khuatir tersalah tempat memberi amanah. Kenapa aku mahu bangunkan sendiri? Jawapan nya mudah sahaja kerana semua ilmu ilmu serta pengetahuan untuk membangunkan semua 10 pekara ini adalah aku sendiri yang menguasai ilmunya. Aku cuma melantik orang orang bawahan untuk sama sama bekerja dibawah biaya dan ilham serta idea aku sendiri.......

1.Pusat Pembangunan dan Perkembangan Kecermelangan Minda Dan Kepercayaan Diri.

Kemahiran berfikir amat penting....(sedang dibangunkan)

2.Bangunkan Pusat Sukan Bertaraf  Dunia Untuk Jenis Jenis Sukan Utama Dunia. 
Sukan sukan jenis dunia ialah seperti bola sepak, sukan permotoran(darat dan air),badminton dll......

3.Makanan Berkhasiat Percuma Untuk Kanak Kanak sebulan Sekali

 Untuk kanak kanak masyarakat setempat yang berhampiran dengan aku......


4.Makanan Tambahan & Vitamin Untuk Kanak Kanak. Membina Kilang Makanan Tambahan & Multivitamin Untk Rakyat Malaysia.

Melalui internet aku dapat berita ini dan aku mendapat ilham untuk melakukan dan merealisasikan pada suatu masa nanti apabila aku menjadi seorang yang kaya.  Ia adalah mengenai sebuah negara Argentina dimana kerajaan negara itu membangunkan dan mendirikan kilang milik negara untuk membekalkan makanan tambahan berbentuk multivitamin untuk semua rakyatnya. Rakyatnya mendapat bekalan makanan kesihatan untuk menjadi sihat.
Individu yang sihat dari aspek fizikal dan mental akan melahirkan keluarga yang sihat. Setiap keluarga yang sihat akan menyumbangkan ramai rakyat yang sihat. Akan menjadikan  Malaysia negara yang sihat.Rakyat yang sihat lebih aman dan makmur?.......
Untuk tumbesar serta pertumbuhan fizikal dan mental........Kanak kanak adalah berupa aset penting untuk negara dimasa hadapan. Setiap kanak kanak adalah calun individu yang akan menjadi pewari dan mengisi watak watak bermula dari seorang ayah dan ibu, ketua kampung ,pemimpin pemimpin masyarakat, penjawat penjawat awam sehingga jawatan yang hanya satu diMalaysia kini iaitu Pedana Menteri. Semua watak watak, kedudukan dan jawatan tersebut akan diisi dari satu masa kesatu masa selagi Negara  dan rakyat masih ada. Siapa calun calun untuk semua pekara tersebut? Sudah tentu kanak kanak yang ada pada hari ini yang akan membesar pada suatu masa nanti. Merekalah pengganti kita semua setelah kita bersara atau meninggal dunia. Kanak kanak adalah manusia masa kini sabagai simpanan untuk cadangan manusia yang akan datang. Kalau kita memelihara ayam atau ternakan untuk dimakan, dari semasa kesemasa kita akan mengumpul, membaiki baka baka baik dan bermutu untuk pasaran. Manusia hari ini khasnya rakyat Malaysia  tidak ramai, memang baik dan berkualiti, cuma jumlah kualiti tidak ramai. Tiada orang yang sanggup buat kerja sebegini, kalau kaya pun walau ada ilham yang baik hidup sendiri sendiri sahaja.Negara yang berkualiti di dunia ialah Bangsa Israel. kita bukna mahu Israelkan Malysia tetapi mahu pandai dan maju macam israel. Bagaimana?" Tunggulah kalau aku sudah kaya..

5.Membina Rumah Dan Membangun Perkampungan Keluarga Dan Saudara Mara.
Aku sering melancung dan makan angin keluar negara dan negara yang sering aku gemar lawati ialah Negara Indonesia, ini mungkin kerana bahasa, budaya adalah sama dan serumpun, makanan kegemaran ku banyak disini. Aku perhatikan kampung kampung kebanyakan etnik etnik disini, mereka tinggal membuat rumah berkelompok berdekatan antara satu sama lain dimana hubungan sesama mereka adalah keluarga, saudara dekat atau jauh yang duduk tinggal bersama sama didalam satu kampung dan sebelah menyebelah. Hidup dengan rukun damai dan bergantung antara satu sama lain. Jikalau ada majlis majlis keramaian atau kenduri kawin sangat meriah sekali, ini amat menarik aku, aku pernah berangan angan ingin mengujudkan keadaan seperti ini keatas keluarga aku. Lagi satu aku terdorong dan tertarik melalui satu cerita yang pernah aku dengar, iaitu mengenai seorang lagenda bola sepak dunia iaitu Maradona dari negara Argentina. Dengar cerita olih kerana Maradona itu tersangat kaya beliau telah membeli sebidang tanah yang sangat luas dan menempatkan seluruh keluarga dan saudara maranya tinggal didalam satu kawasan. Sekiranya aku seorang  yang kaya aku juga akan berbuat sedemikian.Untuk merialisasikan maksud dan tujuan ini, kini aku telah mulai mencari saudara mara ku dan mengumpulkan data data mereka, insyaallah dengan izin allah. Setelah aku majukan dan membantu masyarakat ramai, sudah tentu juga aku ingin menolong keluarga serta saudara mara aku.
6.Membina Hospital Berkonsepkan Tradisional (Altenatif) Secara Percuma.
Aku sendiri berkebolihan dalam membuat ubat ubatan dan merawat penyakit penyakit secara rawatan alternatif (bukan bomoh dukun). Rawatan moden dan Doktor pada waktu ini semakin hari semakin mahal, industri rawatan kesihatan telah menjadi satu bisnes yang memberi pulangan lumayan waktu ini. Semakin hari kos  kos rawatan semangkin tidak mampu untuk dibiayai olih golongan orang orang miskin atau yang kurang mampu, dan kebanyakan jenis jenis penyakit tersebut dapat dan bolih disembuhkan melalui kaedah rawatan tradisional atau alternatif. Menyedari akan hakikat ini aku merasakan digamit untuk mengambil peluang terjun untuk membantu mereka dalam memberi rawatan kepada orang borang yang memrlukan. Aku akan melatih kadet kadet perawat konsep alternatif ini....

7.Membiak kan Benih Benih Ikan Dan Udang Letakkan Di Tali Tali Air  Untuk Aktiviti Riadah Dan Sukan Memancing.
8.Membangunkan Ladang Sayuran Dan Buah buahan Berkonsepkan Organik & Jual Dengan Harga Berpatutan.
ambil kos mengurus dan mentadbir sahaja....
9.Melahirkan rakyat bangsa MELAYU Baru rakyat malaysia yang berkualiti membina satu kloni manusia baru.
Bermula dengan Bangsa Melayu telah banyak melahirkan bangsa bangsa lain didunia. Melihat ini kita bolih melahirkan satu generasi Etnik Melayu yang baru juga berkarisma. Aliran kepercayaan baru, tubuh tinggi dan besar dan rupa yang cantik, kacak menawan. melalui perkahwinan yang terpilih dari lelaki perempuan yang mempunyai perwatakan yang baik, kecerdasan, melalui pemulihan bangsa dan keturunan.
Bahasa tetap Melayu, Bangsa tetap Melayu cuma gaya hidup cara berfikir adalah baru, tiada dengki Khinat, masa ditepati, hasil kerja bermutu, membantu sesama lain dan mengutamakan orang lain dahulu baru diri sendiri, orang kaya membantu(bank) simiskin & simiskin memulangkan apa yang si kaya bagi pinjam dll bla..bla...
Calun calun manusia Melayu baru:

Lahirkan terlebih dahulu pengikut2 yang sealiran, propaganda yang sama, kepercayaan dan prinsip2 yang sama seperti  minda pengasasnya; Terdiri dari bekalan calun calun manusia etnik Melayu baru ialah: MUNGKIN ISRAEL GUNAKAN PENDEKATAN INI.

1.Melalui perkahwinan pasangan yang bertubuh tinggi dan besar,, sihat tubuh badan dan cerdik, lelaki kacak perempuan yang cantik manis.
2. Anak anak dan bayi dari kelahiran tanpa perkahwinan tidak sah.
3. Anak anak yatim yang kehilangan ibu bapa.
4. Meramaikan calun calun baru yang mana lelaki digalakkan berkahwin 4 selari dengan kebenaran agama islam, Tanggung jawab memberi makanan, biaya kehidupan ditanggung olih jemaah dan pengasasnya (pengasaskan seorang jutawan katakan.
)
10. Membina Sekolah Khas Melatih Kerjaya Untuk Masa Hadapan.
Mereka Besar Untuk Kerja Apa? Pendidikan hari ini mementingkan akedemik, kekadang belajar lain waktu bekerja bidang lain. Permain badminton China Lin Dan memang diprogramkan untuk menjadi berkerjaya sebagai jaguh dunia badminton, beliau mula bermain badminton ketika berumur 5 tahun, dan belajar dengan ijazah juga mengenai sains sukan. Kini Lin Dan  seorang jutawan dan mempunyai rumah di China yang berharga RM400 jutaKalau  sukan bola sepak pula pilih calun cadangan berbadan besar dan diprogramkan untuk tinggi dan besar dengan bermain bola sepak atau hoki; besar, tegap ,pantas dan bekemahiran.
Sebenarnya aku ingin menjadi pencetus atau watak permula untuk menjadi contoh contoh dan ikutan dimana model yang akan aku bangunkkan bolih dijadikan contoh untuk orang lain atau pihak pihak yang ingin mendirikan dan mebangunkan kerja kerja amal yang lain. Jika ada mana mana pihak yang mahu melakukan hal hal yang sama serupa dengan apa yang telah aku bangunkan, aku akan bersedia memberi tujuk ajar serta latihan. 10 pekara yang aku di ilhamkan olih allah ini jika aku menjadi seorang jutawan dan 
hartawan, sememangnya aku tahu dan menguasai kebolihan, ilmu dan teknologi nya. Dulu aku seorang guru dengan kelayakan mengajar subjek"KEMAHIRAN HIDUP", dan kita sering dilaung laungkan dengan slogan  MALAYSIA BOLIH.

APA YANG ANDA BOLIH LAKUKAN UNTUK MEMBANTU SAYA UNTUK MEMBANTU MASYARAKAT RAMAI:


Anda ada idea tetapi tiada ilmu, kalau tiada ilmu tetapi ada idea pun bagus juga, anda cuma dapat memberi cadangan sahaja, cadangan anda dan idea idea yang bernas amat saya alu alukan. Dapat menambah nilai nilai untuk kebaikan.

Buat masa ini ilham 10 pekara topik diatas saya rasa sudah memadai buat masa ini dan amat baik jika ia mahu ditegakan sehingga berjaya. Cuma apa yang paling utama ketika ini ialah sumber dana dan kewangan, bagaimana? Katakan kita memperkatakan dan ingin menjayakan 2 pekara sahaja dahulu  dari 10 pekara yang ingin ditegakan dari topik diatas, ambil tajuk tajuk  4.Makanan Tambahan & Vitamin Untuk Kanak Kanak. Membina Kilang Makanan Tambahan & Multivitamin Untuk Rakyat Malaysia Dan 6.Membina Hospital Berkonsepkan Tradisional (Altenatif) Secara Percuma.
Kalau pesakit datang kepada saya minta rawatan, mungkin dalam dua keadaan yang bolih saya berikan Khidmat nasihat dan ubat ubatan atau makanan tambahan. Buat masa ini bilangan pesakit dan makanan tambahan dapat saya tangani dengan belanja poket saya sendiri, tetapi saya sudah mulai merasakan bilangan yang memerlukan bantuan kesihatan mulai meningkat. 
Kalau sebelum ini semua ramuan dan bahan bahan berdasarkan herba herba dapat saya kuitip di pinggir pinggir rumah dan ditepi tepi belukar, sekarang saya sudah mulai menanam disekitar rumah untuk cadangan benih benih untuk tanaman secara estate di masa hadapan.
Untuk menanam herba herba secara estate dan memproses ubat dari daun segar, memasukan kedalam kapsul hingga pembungkusan perlukan tenaga kerja. Saya sudah mulai dapat merasakan yang..